[Bahasa Melayu] Menjelajah Masa Lalu - Scratch Camp 2026 ----- Selamat datang ke minggu pertama Scratch Camp: Pengembaraan Merentas Masa! Minggu ini, kita akan menghidupkan mesin masa dan meluncur ke masa lalu untuk mengembara merentasi sejarah serta menemui detik-detik luar biasa dari zaman dahulu kala. Terokai dunia dinosaur, lawati tamadun purba, temui kerajaan legenda, jelajahi runtuhan misteri, temui pengembara terkenal, saksikan ciptaan yang mengubah sejarah, atau alami kisah-kisah yang telah diwarisi turun-temurun. Terdapat pelbagai detik dari masa lalu yang menanti untuk diterokai. Persoalannya hanyalah ke mana dan, yang lebih penting, *bila* anda ingin pergi! Mencari idea untuk bermula? - Hasilkan animasi tentang pengembaraan ke masa lalu. Ke mana anda pergi dan apa yang anda lihat? - Cipta permainan yang berlatarkan zaman purba. - Hasilkan cerita interaktif tentang wira legenda, artis, atau tokoh sejarah. - Reka bentuk muzium interaktif mengenai era sejarah kegemaran anda. - Reka bentuk permainan di mana pengembara masa melarikan diri daripada dinosaur. - Hasilkan animasi tentang kehidupan seharian seorang pencipta zaman purba. - Buat garis masa interaktif bagi peristiwa sejarah yang penting. - Cipta tamadun yang telah dilupakan dan terokai budaya, ciptaan, serta tradisinya. - Cipta permainan mencari harta karun di kawasan runtuhan purba. - Hasilkan karya seni yang diilhamkan oleh fosil, istana, piramid, atau peta lama. Ingat, ini hanyalah cadangan! Anda dialu-alukan untuk mengemukakan idea sendiri atau mendapatkan inspirasi daripada projek yang sedia ada di dalam studio! Apakah yang akan anda cipta? =^..^=