[Melayu] Di Sebalik Skrin ----- Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana filem atau rancangan TV kegemaran anda benar-benar terhasil? Dari skrin hijau besar dan kesan khas hingga reka bentuk bunyi, animasi, penyuntingan, dan kamera, teknologi membantu membawakan cerita kepada kehidupan dengan cara yang kadang-kadang kita tidak nampak. Dalam studio ini, kami menjemput anda untuk meneroka hubungan antara rancangan TV dan filem kegemaran anda dengan teknologi yang membantu mencipta keajaiban di sebalik skrin! Anda mungkin menghasilkan adegan filem dengan kesan visual, mereka studio filem maya, membina rancangan permainan TV interaktif, bermain dengan idea pencahayaan untuk mempengaruhi perasaan sesuatu adegan atau watak anda, atau mencuba muzik dan kesan bunyi untuk mengubah mood sesuatu adegan. Sama ada anda menyukai penceritaan, animasi, pengaturcaraan, permainan, seni, atau muzik, semuanya menyumbang kepada perkara yang kita lihat dan sukai di skrin. Ini adalah peluang anda untuk membayangkan apa yang berlaku di sebalik kamera dan mencipta pengalaman hiburan anda sendiri! Mencari idea untuk mula? - Cipta satu babak filem menggunakan kesan skrin hijau atau latar animasi. - Reka simulator studio TV di mana pemain mengawal lampu, kamera, dan bunyi. - Bina cerita interaktif di mana pemain bertindak sebagai “penerbit” dan membantu menentukan bagaimana cerita itu akan berkembang. - Buat papan bunyi yang menambah muzik dan kesan bunyi kepada satu babak. - Cipta “permainan pengarah” di mana pemain menukar sudut kamera semasa filem. - Reka iklan atau treler filem palsu. - Buat permainan trivia tentang filem atau rancangan TV terkenal dan bagaimana ia dibuat. - Bayangkan teknologi masa depan yang boleh mengubah cara filem atau TV dibuat. - Cipta projek di belakang tabir yang menunjukkan bagaimana animasi atau kesan visual berfungsi. - Semasa anda meneroka dunia di sebalik skrin, anda mungkin menemui laluan baru yang menghubungkan minat anda dalam filem, televisyen, teknologi, dan kreativiti. Nak tahu lebih lanjut? - Lihatlah Amazon’s Career Tour, kemudian cipta projek yang diilhamkan oleh apa yang anda temui: https://www.scratchfoundation.org/learn/learning-library/amazon-mgmstudios-career-tour Ingat, ini hanya cadangan sahaja. Anda dialu-alukan untuk menghasilkan idea sendiri atau mengubah suai inspirasi daripada projek lain di studio! Apa yang akan anda cipta? =^..^= - - - - Studio ini dapat direalisasikan dengan bantuan rakan-rakan kami di Amazon Future Engineers dan direka bersama dengan Scratch Youth Mentors! Terfikir kenapa Scratch bekerjasama dengan Amazon Future Engineers untuk membawa studio ini kepada anda? Kadang-kadang Scratch bekerjasama dengan rakan kongsi yang kami percayai untuk memberikan peluang dan sumber yang menarik kepada para Scratcher serta membantu menyokong pelayan dan komuniti yang memastikan Scratch terus berjalan. Ini salah satu studio tersebut dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang akan anda cipta ^.^
Kami sedang mencari bantuan untuk menterjemah penerangan projek di atas. Sila lihat studio ini untuk maklumat lanjut sebelum bermula: https://scratch.mit.edu/studios/51739829 Apabila anda sudah bersedia, remix projek ini dan terjemahkan penerangan projek di atas. **Sila pastikan untuk menyertakan nama bahasa anda dalam Tajuk Projek serta menukar bahasa yang ditunjukkan pada imej projek.** Jadi, jika anda membantu menterjemah ke dalam bahasa Perancis, tajuk projek anda mungkin sesuatu seperti ini: "[Français]" dan kemudian terjemahan untuk "Behind the Screen" Setelah anda selesai menterjemah, sila kongsikannya dengan kami di studio "Translations | Behind the Screen": https://scratch.mit.edu/studios/51739829 Jika anda mempunyai sebarang soalan sepanjang proses, datang ke studio Terjemahan dan berbual dengan kami di komen. Terima kasih kerana membantu menjadikan acara kami boleh diakses oleh lebih ramai Scratchers =^..^= - - - - Seni: Dicipta oleh @-StarGold-